"Buku ini menghimpunkan 11 cerpen seram bertemakan pohon atau pokok."
Sinopsis
PUAKA BERINGIN - ILYA ABDULLAH
Banglo yang dikatakan berhantu itu telah menarik perhatian seorang novelis seram bernama Hadif. Hadif menyewa banglo terbabit untuk merasai keseraman yang lebih realiti bagi idea manuskripnya. Berhampiran banglo itu terdapat sebatang pokok beringin. Di sebalik pokok beringin itu ada yang sedang memerhati Hadif.
LAMBAIAN ARA - NURHAN YUSOF
“Dia sukakan kamu. Itu sebab kamu nampak lambaian Ara.” Bisik moyang Murkina. Alia yang masih lemah kembali menggeletar di dalam keretanya kerana ternampak wanita berkebaya hijau itu.
POKOK DURIAN - ASRAF SHAARI
Empat sekawan iaitu Ramli, Lokman, Mamat dan Zamri merancang untuk tidur di kebun milik atuk Mamat sambil menikmati buah durian. Keceluparan mulut Rahim memakan diri apabila dia tiba-tiba diganggu dengan penampakan kepala manusia yang tergantung di atas pokok durian. Misteri terjawab dengan terbongkarnya satu rahsia yang tidak pernah diduga mereka.
HARUM BAKAWALI - SUHANA MAT LAZIM
Khir mengalami mimpi pelik dan pelbagai kejadian misteri bermula pada hari ke empat setelah membeli pokok bakawali beberapa hari lalu. Bukan itu sahaja, dia mula mempersoalkan kenapa bakawali miliknya itu masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang dan sehingga hari ke-6 pelbagai kejadian aneh berlaku.
SAKAT - ZAIF AB
Hafizul yang dikenali dengan kaki pancing telah memancing disuatu tempat. Ketika disana beliau telah menemui sepohon pokok sakat yang amat menarik minatnya. Lalu pokok tersebut dibawa pulang untuk dijadikan hiasan. Sejak memelihara pokok tersebut keluarganya telah digangu kejadian aneh.
Review
In this book, there are eleven short stories from different authors and it is compiled into one book named as Pohon. I am a fan of horror movies and books, so at the moment, I try to collect many books in this genre. However this book does not really give me that spooky vibe. Just so-so.
Those eleven short stories are not correlated with one another but it is about a tree and flower that are haunted. The more you read it, the more you want to know what happen next. I bought this book during its' promotional day so it is quite cheaper than its normal price.
Comments